Penjana peta laman XML

Cipta sebuah peta laman percuma untuk laman web anda. Imbas sehingga 250 halaman!

Soalan-Soalan Lazim

Apa itu peta laman?

Peta laman ialah fail yang mengandungi pautan-pautan ke halaman penting laman web anda untuk dicari oleh enjin carian dan perayap web. Ianya mungkin dalam format HTML, TXT, RSS, atau XML.

Mengapa guna peta laman?

Peta laman membantu pengoptimuman enjin carian (SEO). Protokol Peta Laman dicipta pada tahun 2006 dan telah digunakan secara meluas oleh enjin carian termasuk Google, Yahoo, dan Bing.

Apakah rupa peta laman web?

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<urlset xmlns="http://www.sitemaps.org/schemas/sitemap/0.9">
   <url>
      <loc>http://www.example.com/</loc>
      <lastmod>2005-01-01</lastmod>
      <changefreq>monthly</changefreq>
      <priority>0.8</priority>
   </url>
</urlset>

Adakah laman web saya memerlukan peta laman?

Tidak semestinya. Peta laman sangat berguna untuk laman web besar yang mempunyai banyak halaman dan gambar, tetapi laman web yang lebih kecil mungkin tidak memerlukannya untuk diindekskan sepenuhnya.

Di mana saya muat naik sitemap.xml?

Letakkan peta laman anda di direktori utama (root) pelayan anda seperti di https://contoh.com/sitemap.xml. Biasanya, folder ini diberi nama /public_html atau /httpdocs.

Kemudian maklumkan mesin carian menggunakan alat webmaster mereka: